Sejarah Eddie Adrian

Bermula dengan kumpulan The Only Cure Is Dying/TOCID pada awal 2011, Eddie lebih menumpukan kepada genre metalcore di dalam senario Malaysia ini. Disebabkan masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, Eddie secara rasmi keluar dari TOCID. Selepas tanpa band untuk beberapa bulan, Eddie menjadi penyanyi tetap bagi kumpulan Evidence Speaks awal Januari 2012. Pada tahun yang sama bulan Jun, Black Territory telah menjemput Eddie untuk menjadi penyanyi kumpulan mereka untuk sementara. Setelah beberapa persembahan, pihak Black Territory mencadangkan supaya Eddie menjadi ahli tetap kepada Black Territory. Dengan persetujuan, Eddie adalah ahli tetap Black Territory untuk posisi penyanyi, secara rasmi pada bulan Julai 2012.